::pemanis bicara::

Wednesday, May 12, 2010

naper manusia sering terlupa...

assalammualaikum...
ari ni rasa satu mood yang macam nak marah orang pun ada..naper manusia ni suka nak tunjuk dia dia baik?hakikatnyer tak de la baik sangat...
aku sndiri manusia biasa juga...tapi aku tak sanggup nak citer semua yang aku tau..sebagai manusia aku takut ada insan lain yg terluka...cukup la ala kadar jer...aku masih sedar siapa aku...insan baru yg baru mengenali mereka...tapi sakitnyer hati ALLAH j yang tau..naper manusia sering terlupa dengan nikmat yg ALLAH pernah bagi pada kita?
aku harap aku diberi kekuatan untuk meneruskan...apa yang aku ada...apa yg aku ingat...apa yg aku pnah belajar...bantu aku ya ALLAH...HMM...MUNGKIN INI YANG TERBAIK..

Saturday, May 1, 2010

ANDAI ITU TAKDIRNYA...

Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya mencintai seseorang,
kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cinta,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu,
tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan…
Bagaimana kamu mengurusi cinta,
begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa,
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia,
cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…
andai cinta bukan memihak pada kamu,
DaN BerDoa Lah..
Ya Allah..
andai dia bukan milikku..
jauhkan lah hatinya dan hatiku..
butakan lah hatiku untuk merindui dia..
untuk mengingati dia..
menyayangi dia..
lupuskan lah dia dari ingatanku…..