::pemanis bicara::

Thursday, September 24, 2009


semakin jauh ku tinggalkan desa ini,semakin berat kaki ini melangkah...aku terasa sayu mengenangkan cuti aku yang dah hampir habis...rasanya tak sabar nak balik ke kampung untuk tinggal ngan family..
tapi entah hajat n doaku dimakbulkan @tidak...aku mohon jasa sahabat2ku yg membaca blog ini,untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan aku & keluarga aku...AMIN..semoga aku masih di beri peluang untuk berbakti kepada mereka,walau hari-hariku semakin hampir...

Wednesday, September 23, 2009

selamat hari raya...



ALHAMDULILLAH,aku masih diberi kesempatan untuk tahun ni menyambut raya bersama keluarga tersayang...walaupun bulan puasa tahun ni aku diduga dengan 1001 masalah.namun,aku cuba untuk menerimanya sebagai dugaan yang DIA dah tetapkan pada aku...andaikata tahun depan aku tak berpeluang lagi menyambut hari raya,aku redha dengan ketentuanNya..
Raya tahun ni memberi aku makna yang tersendiri,aku simpan semua kenangan dan rasa dalam diari hidupku...aku memohon kepadaNYA..dugaan yang akan DIA berikan selepas ini, mampu aku hadapi n tangani dengan baik...aku tahu banyak lagi cabaran yang akan aku tempuhi...sesungguhnya,aku ingin memohon ampun dan maaf andaikata ada tersalah kata sepanjang perkenalan aku dgan kalian...
ini semua gambar my happy family...aku sayang diaorang semua...

Thursday, September 17, 2009

27 RAMADHAN..






assalammualaikum...rasanyer dah lama aku tak catat sesuatu kat blog ni...sesungguhnyer bulan ramadhan ini,memberi aku seribu dugaan..macam2 yang aku hadapi dalam bulan ini.apa yang penting kekuatan dan ketabahan aku menghadapinyer...
aku mohon pada semua untuk,mendoakan kesejahteraan orang yang aku sayang...keluarga aku.tahun ni juga hari lahir ku jatuh dalam bulan puasa..semoga dengan bertambahnyer usia aku pada tahun ini,memberi aku kekuatan dan keteguhan iman...terima kasih buat teman2 yang sudi sama2 makan kek besday ngan aku...huhuhuhu
dah tua ar plak..apapun aku bersyukur sangat kerana masih di beri peluang untuk hidup ini.AMIN
"banyak orang mahu hadiah dari ALLAH melalui usaha.tapi jarang yang mahu menerima hadiah dari ALLAH tanpa usaha,itulah dia "MEHNAH"@ujian dari ALLAH.."