::pemanis bicara::

Saturday, September 18, 2010

P.E.R.E.M.P.U.A.N. dan C.I.N.T.A....

Dibalik KELEMBUTANnYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
NAMUN,
Kadangkala perempuan juga pernah kecewa hanya kerana CINTA,
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa perempuan itu telah jatuh cinta.
Hanya kerana CINTA,
Yang hadir umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
Kadangkala perempuan begitu istimewa di mata insan benama lelaki KERANA,
Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
KATA ORANG…
Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
TAPI…
bagaimana dengan persahabatan yg dikhianati demi sebuah CINTA YG TAK PASTI….
HAKIKATNYA CINTA…
bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
CINTA…
Bukan sebuah pengkhianatan terhadap PERSAHABaTAN…
TAPI CINTA….
Adalah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
KADANGKALA PEREMPUAN JUGA sukar memilih…CINTA..kerana,
yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Wednesday, May 12, 2010

naper manusia sering terlupa...

assalammualaikum...
ari ni rasa satu mood yang macam nak marah orang pun ada..naper manusia ni suka nak tunjuk dia dia baik?hakikatnyer tak de la baik sangat...
aku sndiri manusia biasa juga...tapi aku tak sanggup nak citer semua yang aku tau..sebagai manusia aku takut ada insan lain yg terluka...cukup la ala kadar jer...aku masih sedar siapa aku...insan baru yg baru mengenali mereka...tapi sakitnyer hati ALLAH j yang tau..naper manusia sering terlupa dengan nikmat yg ALLAH pernah bagi pada kita?
aku harap aku diberi kekuatan untuk meneruskan...apa yang aku ada...apa yg aku ingat...apa yg aku pnah belajar...bantu aku ya ALLAH...HMM...MUNGKIN INI YANG TERBAIK..

Saturday, May 1, 2010

ANDAI ITU TAKDIRNYA...

Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya mencintai seseorang,
kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cinta,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu,
tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan…
Bagaimana kamu mengurusi cinta,
begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa,
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia,
cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…
andai cinta bukan memihak pada kamu,
DaN BerDoa Lah..
Ya Allah..
andai dia bukan milikku..
jauhkan lah hatinya dan hatiku..
butakan lah hatiku untuk merindui dia..
untuk mengingati dia..
menyayangi dia..
lupuskan lah dia dari ingatanku…..

Monday, April 19, 2010

do it...if u can...



kali ni aku dah tk mampu bertahan lg dah...aku surender...susahnyer hidup pnuh dugaan ni...benci dengan org2 yg tak boleh faham aku..aku dah tk blh buat apa dah..just ikut j apa yg dah ditakdirkanNYA...aku adaLAH AKU...YG MUDAH SUKA@ KESIANKAN ORG...tp tak semua org boleh fhm aku...my friendddddddd...mna kalian...yg aku rindu,aku ingat,aku sayang...

Wednesday, March 31, 2010

NAPER SUKAR MEMBUAT PILIHAN?

lama sudah blog ni aku tinggalkan...
ari ni rasa tercuit untuk mencoret sebuah kisah yg ada pada setiap manusia...
dalam kehidupan kita kadang2 kita diberi peluang untuk memilih apa yang kita nak...kadangkala kita tak penah diberi kesempatan itu...semuanya sudah tertulis...kita hanya menerimanya saja..
andai aku punya kesempatan n waktu itu..alangkah indahnye hidup..namun,aku hanya punya satu jalan yg mmg sudah tak mampu aku pilih...aku redha n pasrah...
kepada semua kawan n pembaca blog aku ni.andai kalian diberi kesempatan dalam hidup untuk memilih apa yg kalian suka..pilihlah sebaiknyer...jgan hanya mendengar kata orang..dengarlah kata hati..buatlah pilihan selagi kalian mampu memilih sesuatu yg terbaik dalam hidup..aku doakan teman2 aku mendapat sesuatu yg menggembirakan n sesuatu yg membuat kalian bahagia..AMIN...

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali"

Thursday, January 28, 2010

something... i miss that time...

assalammualaikum...
hampir sebulan menjejakkan kaki disini...baru kali ni aku berkesempatan menulis sesuatu yg aku rasa cukup lama aku tinggalkan...blog ni la tempat aku ingat kisah2 zaman u n zaman2 terindah dalam hidup aku...menjejakkan kaki disini memberi aku seribu pengalaman baru yang aku rasa cukup berbeza dgn suasana sblum ni...macam2 dah berlaku dalam masa satu bulan aku disini...aku hilang orang2 yg aku sayang,aku hilang zaman suka2 aku...nak mula balik sesuatu bukan mudah dalam hidup..aku perlu bangun nak buat sesuatu yg baru dalam erti kata lain aku perlu lebih tabah..
mungkin ada hikmah semua ni terjadi pada aku,terlalu sakit memulakan sesuatu yg baru...apakah masih ada ruang untuk aku pandang ke belakang n tak biarkan masa tu prgi...adakah aku mampu buat begitu...ah...hidup ambil masa yg lama untuk pulih..
aku memohon dari yang ESA...moga aku di beri kesempatan untuk bersama2 dgan orang yg pernah membuatkan aku bahagia...tapi..aku bersyukur dengan rahmatMU...aku mampu bersama teman2 baru yg menceriakan dan aku cuba belajar menyesuaikan diri kat tempat baru...kat sini aktiviti aku masa cuti adalah berjalan2 ke tempat peranginan yg besttttttt...hhhuhuhuhu
AKU MEMOHON MOGA AKU TERUS DIBERI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN CABARAN PADA MASA AKAN DATANG..TETAPKAN LAH IMANKU YA ALLLAH...AMINNNN....