::pemanis bicara::

Monday, October 12, 2009

taman negara...






10/10/09
TAMAN NEGARA

Pagi2 dah kena bangun,nak g taman Negara…aduh,macam tak percaya nak g sana.kitaorang semua g konvoi naik keta ramai2 ngan staf n cikgu2 sekolah aku…
Jam 9.00 pg,kitaorang bertolak ke taman Negara,tepat jam 10.30 kitaorang sampai kat sekolah tmpt kitaorang menginap..(aku lp plak nama sekolah tu).huhuhu.lepas zuhur jer kitaorang bersedia untuk ke jeti menaiki bot ke seberang bg meneruskan program memasuki gua telinga…(kelakarkan nama dia)huhuhuhu.Masa sampai di jeti,alamak terkejut aku,botnyer kecil giler..apa lagi muka aku pun dah naik cuak,tak nak pergi..tapi tak kan nak tinggal sorang plak..bak kata NADIA AF REDAH JER….destinasi pertama kitaorg adalah gua telinga.tapi kata kawan aku yg masuk memang macam telinga pun,sempit,gelap ntah macam2 lagi.aku tak dapat ar masuk,al maklum ar dah pancit masa mendaki nak sampai kat gua tu…jauh giler kn masuk hutan,macam2 aku jumpa,ada pokok tertua,haiwan2 yang sewaktu dengannyer pun ada…huuhuhuhu.bila masa nak turun balik ke tempat utama kitaorang sampai,punya ar jauh.

Selepas gua telinga,kitaorang g plak kat perkampungan orang asli.masa nak g sana kn melalui jeram sambil naik bot yang kecil tu.apalagi,member aku ar jadi mangsa tempat peluk…huhuhu.air sungai yang deras membuatkan bot yang kami naiki terumbang- ambing.namun,itu adalah pengalaman yang cukup best bagi aku..semasa di perkampungan org asli,kawan2 aku ni (yg laki ar) ramai tunjuk bakat menyumpit…huhuhuh.kat situ juga kitaorang ditunjuk dengan demonstrasi menghidupkan api menggunakan cara mereka.mmg power ar.
Dah hbs melawat tempat tu,kitaorang apa lg nak g mandi ar plak kat sungai..tapi kitaorang smpat mandi kejap,ujan dah turun,apalagi terus naik bot untuk balik..dalam perjalanan hujan turun selebat-lebatnyer,korang bayangkanlah tak nampak jalan nak g ke depan,sampai kitaorang terpaksa berhenti untuk tunggu hujan reda,kesian baby2 yang ada.tapi bagusnyer diaorang tak nangis…tak lama lpas tu pemandu pelancong kitaorang cakap terpaksa teruskan juga perjalanan,sebab takut hujan makin lebat,angin tiup kuat.jadi kitaorang pun terus balik,tak lama lpas tu kitaorang sampai kat jeti,tapi memandangkan hujan lebat tak dapat ar kitaorang g night safari…huhuhuhu,lpas balik j apalagi semua dah tido…

11/10/09
Ari ni pagi2 kitaorang dah bertolak nak ke kanopi walkway.katanyer kanopi terpanjang di dunia…Apalagi,lpas jer sarapan kitaorang bertolak dulu ke sana.tak sabar nak naik bot lagi.huhuhuhu…tepat jam 830 pagi,kitaorang pun menyeberang ke sebelah jeti..dah sampai kena naik ke mutiara taman Negara,ingatkan nak buat apa,rupanyer tengok video ar.ok juga la tu.selepas habis menonton keindahan taman Negara,kitaorang perlu menaiki bot kembali untuk menghala ke jalan kanopi walkway…kat sana baru ar aku tau,kena menaiki tangga ala2 batu caves tu,tapi tangganyer besar2.alahai…tak sanggup rasanyer nak melangkah lagi.tapi aku teruskan juga atas semangat kawan2 aku..huuhuuhu.tapi berhenti berapa kali tu,jangan cakap la…memang ambil tenaga .penat giler…namun,akhirnyer aku sampai juga kat tempat nak naik kanopi tu..dah sampai,takut plak nak naik atas titi gantung tu.kecil giler tempat jalannyer.dah tu,tmpat tersebut hanya boleh jalan 10 meter jarak setiap orang.fikir2kan macam tak nak naik,tapi dah sampai atas rugi plak tak naik.apalagi bermula ar,episode menjerit kat atas tu..huhuhu.tapi aku gagahkan diri juga slow2 baru sampai.orang belakang nasib ar kena tunggu aku baru blh jalan.huhuhuhuu….
Apapun aku sampai juga akhirnyer..yahoooooooooooooo.selepas habis menyusuri tempat tu,terpaksa ar turun balik ke tempat menunggu jeti.nasib tak jauh dah.hehehhehehe.lpas tu masa untuk pulang.kat jeti tu,ada plak yang membeli barang kenangan sempena di sana.aku plak tunggu je,minum 100 plus yang harganyer 3 ringgit.hhuhhuhuhu.mahal giler barang kat sana.apapun aku best dapat juga aku menjejakkan kaki di TAMAN NEGARA..tapi kalu nak g plak macam tak nak jer
Huuhhuuhuhhu..lpas solat zuhur kitaorang pun balik.yang paling best kitaorang singgah KFC plak…huuhuhuhuhuh.untuk member2 aku yang blum pnah g k sana,pergi ar.memang best.hehehehheheheh